BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

27 Ogos 2010

~panton poyo 2~

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Sampai berkereot bunyi sendi,
Tu pun ada hati nak main bola juga?

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga kali dah bank dok cari,
Kalau ada call cakap aku dah hilang!

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu,
Tokeh ayam menjual nak cari rezeki,
Tokeh bapak ayam jual 'body' pihak berkuasa tak tahu.

Sayangkan anak tangan-tangankan,
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan,
Sayang kereta digilap-gilapkan,
Sayang lama tak dibayar finance datang tarikkan.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Masa offer ni la pahala nak kita cari,
Bila dah raya nanti dah habis peluang.

Cantik mekar bunga melati,
Tumbuh liar di tepi sawah,
Kau memang cantik aku puji dalam hati,
Kau tu mudah perasan tu yang malas nak aku luah.

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi,
Apa lawanya berambut panjang,
Kalau asyik menggerbang macam setahun tak mandi.

Tanam pinang rapat-rapat,
Supaya puyuh senang berlari,
Tapi jangan tanam tu rapat sangat,
Nanti susah pulak puyuh tu nak menyesuaikan diri.

Jika kail panjang sejengkal,
Jangan lautan hendak diduga,
Kalau ngorat tak guna akal,
Camner nak kahwin sampai tiga?

Pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
nasi semalam mana kau letak,
perut aku ni dah masuk angin.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...