BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

27 Ogos 2010

~panton poyo 1~

Batang tegar dibuat rakit,
Rotan di dahan dibelah-belahkan,
Kalau dah MC memang sah la kau sakit,
Atau kau dah belanja doktor tu makan?

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Raya ni nak makan sate tak dapat-dapat,
Semua nak safe budget I tell you!

Bulat air kerana pembetong,
Bulat manusia kerana muafakat,
Kau dapat aku pun dah kira beruntung,
Tak usah la berangan nak berlakikan artis barat.

Apa disusah menyenduk kuah,
Kuah berada di dalam dulang,
Kalau kuah tu dah melimpah-limpah,
Tak selera aku tengok kau makan la sorang.

Jika kail panjang sejengkal,
Jangan lautan hendak diduga,
Ni apa cerita tak tahu hujung pangkal,
Orang berborak dia pun nak bercerita juga.

Bulat air kerana pembetong,
Bulat manusia kerana muafakat,
Kau tu boleh dikira beruntung,
Muka macam lotong tapi masih ada awek nak dekat.

Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Aku memang tak cakap bohong,
Hati kau mana ada aku curi!

Kalau tiada angin bertiup,
Masakan ada pokok bergoyang,
Kalau tiada perang meletup,
Masakan ada mangkuk melayang.

Kalau tiada angin bertiup,
Masakan ada pokok bergoyang,
Periuk nasi tu tadi elok tertutup,
Sekarang dah hilang sebab ada yang makan siang?

Putih rupanya bunga kecubung,
Anak buaya mati di pantai,
Dah lama betul kita tak berhubung,
Nombor henset kau pun aku ingat tak ingat main bantai.

Puas aku bertanam ubi,
Nenas juga dipandang orang,
Puas ambil angin kat serambi,
Baik dilayan isteri ku sorang.

Tanjung Katung airnya biru,
Tempat mandi nak dara jelita,
Hang jangan dok buat kes haru,
Nombor henset aku awat hang bagi merata!

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...