BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

26 Mei 2011

~Mohd. Roslan kekal Pengerusi PBAK~

KOTA BHARU 25 Mei - Dua pemimpin utama Persatuan Belia Asal Kelantan 
iaitu Presidennya, Mohd. Roslan Abd. Rahman dan 
Timbalan Presiden, Mohd. Ridhuan Che Hussin 
mengekalkan jawatan masing-masing pada Mesyuarat Agung persatuan itu baru-baru ini.

Jawatan Naib Pengerusi telah dimenangi oleh Norsyahirah Mohd. Noor 
dan Setiausaha pula, Nik Noor Ain Raja Seman.

Mohd. Roslan ketika dihubungi berkata, pihaknya berazam 
untuk melipat gandakan aktiviti bermanfaat untuk ahli-ahli dan
 dalam masa sama menambah bilangan keahlian.

Beliau berkata, antara program besar yang pernah dianjurkan 
adalah Pertandingan Debat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan 2010 
yang berlangsung dengan jayanya tahun lalu.

"Setakat hari ini kami mempunyai lebih 100 ahli yang terlibat 
dengan pelbagai aktiviti berbentuk pembangunan insan, keusahawanan, sukan dan riadah.
"Walaupun baru berusia dua tahun, PBAK sentiasa aktif mengadakan program," 
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mohd. Roslan berkata, PBAK juga akan terlibat dengan Karnival Hari Belia Negara 
pada 20 hingga 30 Mei ini di Tunjong dekat sini.
Beliau berkata, belia berusia 15 sehingga 40 tahun dialu-alukan untuk menyertai PBAK dan mereka boleh menghubunginya di nombor 013-282 9003 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

~UTUSAN MALAYSIA 25 MEI 2011 M/S 31~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...