Lelaki : "Awak nak jadi GF kedua saya tak? ?
Perempuan : "Boleh jee ;)
Lelaki : "Betul? :O
Perempuan : "Betul, asalkan awak boleh jadi BF kelima saya :)
Lelaki : -_-
----heheheheehe...sekadar gurauan jer...----
07 Februari 2013
:: lawak ::
Dicatat oleh Nik Noor Ain di 12:07 PTG 0 ulasan
Label: ~suko suko~
:: lawak ::
Guru: Kenapa awak lambat ?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda ..
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan , "Sekolah di hadapan , jalan perlahan .. "
Dicatat oleh Nik Noor Ain di 11:41 PG 0 ulasan
Label: ~suko suko~
05 Februari 2013
:: Setia Dunia Akhirat ::
Apa yang kamu fikir sekarang???
kalo xfikir apa2 berfikirlah sebelum kamu difikirkan....
C.I.N.T.A Untuk Siapa?
Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti
selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini,
aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..
Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!
Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana
merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah
bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan
itu, aku hanya bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya
Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang
terbaik buatku
Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada
Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi
dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak
seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal
bagiku dan belum tentu halal bagiku.
Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus
melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan
syaitan menyucuk jiwa.
"Mereka berkata hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu.."
Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan,
tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin
menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan,
menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.
Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita
mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan
sebaiknya.
02 Februari 2013
Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'
(Surah al-Baqarah ayat 216)
01 Februari 2013
....Dah masuk bulan Februari.....
Dicatat oleh Nik Noor Ain di 9:19 PTG 0 ulasan
Label: ~coretan aku~